Wednesday, July 30, 2008

Tinggalkan Solat , Gantikan Puasa

Mu`âdhah anak perempuan kepada Abd Allah al-`Adwiyyah bertanya kepada Â'ishah : “ Kenapa kita perlu menggantikan puasa tetapi tidak(menggantikan) solat ?

Jawab `Â'ishah : “Apabila kita mengalami haid , kita diarahkan untuk menggantikan puasa tetapi tidak(menggantikan) solat”.

Ini merupakan hadith Sahih dari Sahîh al-Bukhârî (321) dan Sahîh Muslim (335).

Ini merupakan salah satu hadith yang membuktikan wanita apabila mengalami haid tidak berpasa ataupun melakukan solat.

Terdapat hadith lain berkenaan perkara ini di mana Rasulullah SAW telah berkata secara retorik:

“Adakah ini bukanlah masalahnya apabila seseorang wanita itu haid, dia tidak solat ataupun berpuasa? ” [Sahîh al-Bukhârî (483) dan Sahîh Muslim (87)]

Seorang wanita tidak diharap, atau dibenarkan untuk berpuasa ketika mengalami pendarahan(haid) dan pada masa yang sama wanita juga tidak dibenarkan bersolat.

Berkenaan kewajipan solat harian, seorang wanita dikecualikan dari melakukannya dan tidak perlu menggantikannya kemudian. Ini merupakan rahmat Allah kepada wanita, kerana setiap Mulim adalah wajib melaksanakan solat 5 kali sehari. Jika seorang wanita itu, perlu menggantikan solat tersebut setiap bulan untuk menggantikan keseluruhan waktu haidnya maka, ini merupakan satu kepayahan besar kepadanya.

Ulama’ tidak berkhilaf dalam hal ini, di mana wanita dikecualikan dari menggantikan solat yang ditinggalkan disebabkan haid. Ini merupakan perkara Ijma’. Ini telah dinukilkan oleh Ibn hazm dalam al-Muhalla (1/ 394) dan Ibn `Abd al-Barr didalam al-Tamhîd (22/107).

Puasa adalah suatu perkara lain. Ia hanya datang sekali setahun. Seorang wanita dengan mudah menggantikan hari-hari yang ditinggalkan, mengikut kemahuannya, sama seperti seorang yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan disebabkan bermusafir atau sakit.

Apa yang menarik bahawa ramai para Ulama berpendapat wanita mendapat rahmat ketika dia mengalami haid dan dia menahan dari berpuasa dan dari melakukan solat. Mereka berhujah di mana, seorang wanita akan menyalahi arahan Allah dengan melakukan ibadah tersebut, maka ia menjadi satu Ibadah untuk mengelakkan dari melakukannya.

Mereka(Ulama’) berhujah dengan Hadith Rasulullah SAW : “ Jika Muslim itu sakit atau dalam perjalanan , dia akan memperolehi ganjaran yang sama seperti dia sihat dan di rumahnya dan melakukan amal ibadahnya.” [Sahîh al-Bukhârî (2996)]

Apa yang jelas ialah apabila seorang wanita itu menahan dari berpuasa dan melakukan solat , dan dia melakukan dengan kesedaran untuk taat kepada Allah SWT, maka dia layak untuk mendapat keberkatan. Wanita tidak bersalah apabila mengalami haid. Ini merupakan cirri penciptaan wanita. Apabila wanita itu menahan dari berpuasa ataupun solat di waktu yang ditentukan Allah untuknya menahan dari melakukan amalan tersebut , maka padanya satu Ibadah. Ini terutamanya dalam hal , wanita itu berharap untuk melakukan solat dan berpuasa dan menahan dari melakukan hanya untuk Allah Azzawajalla.


Keadaanya mungkin berlainan bagi seorang wanita yang menjadi teramat gembira apabila mengalami haid kerana lega seketika dari kepayahan bersolat. Allah Maha Mengetahui sebanyak mana keberkatan yang wanita tersebut layak memperolehi.

Terdapat juga wanita yang mengambil ubat untuk merangsang waktu haidnya pada waktutertentu seperti masa perkahwinan atau majlis-majlis khas, supaya mereka dikecualikan dari bersolat semasa perayaan tersebut. Perlakuan mereka dalam hal ini, bukan lah perkara Ibadah tetapi lebih kepada kemudahan. Walaupun mereka tidak berdosa kerana menahan dari solat dalam hal ini -sememangnya mereka perlu mengelakkan diri-tetapi perlakuan mereka boleh dipersoalkan jika menahan dari solat itu boleh dilihat sebagai satu amal Ibadah dan Taqwa.

A'ishah: 'We were commanded to make up our fasts but not our prayers'

Sheikh Salman al-Oadah

Wednesday, July 25, 2007

Kuliah Usul Al- Fiqh

Tempat : LR 7 Admin , IIUM Gombak

Masa : 9.00 Mlm

Kitab : Al-Wajiz Fi Usul Al-Fiqh oleh
AL-SHAIKH DR KARIM ZAIDAN


Tarikh : Setiap hari Rabu-Seminggu Sekali
(1/8,8/8,15/8,22/8,29/8,5/9,12/9,19/9,
26/9,3/10,10/10,17/10,24/10,31/10)